BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

sERibu SAtu dERita RaJA pOP























Sejak kematian lagenda raja pop dunia, Micheal Jackson ataupun dengan nama Islamnya Mikhael,
isu mengenainya tidak henti2 diperkatakan...dari nyawa dikandung badan hinggalah hanya tinggal sekujur jasad yang kaku. Pelbagai spekulasi samaada yang enak mahupun yang kurang enak dikumandangkan masyarakat seluruh dunia. Mungkin inilah yang perlu dibayar dari seorang lagenda ternama kepada para peminatnya di serata dunia.Dan mungkin juga inilah yang perlu ditanggung oleh seorang yang bergelar "RAJA POP DUNIA".
Masyarakat dunia masih tergamam dengan berita kematiannya,apabila diumumkan oleh media
pada beberapa minggu yang lepas.Kisahnya menjadi tumpuan oleh pihak media massa.Tiada
isu dan perkara lain yang diperkatakan kecuali daripada punca kematian,harta,dan 3 orang anaknya. Tidakkah ini dipandang "kurang sopan" melalui perspektif Islam??? Seperti yang telah dihebahkan oleh semua pihak dan media bahawa Micheal Jackson atau lebih dikenali dengan panggilan "Jacko" ini telah menganut agama suci iaitu agama Islam.Seharusnya masyarakat & pihak media sendiri harus menghormati simati dan agama Islam itu sendiri kerana mengikut hukum syarak,selepas seseorang itu meninggal dunia,simati akan menanggung segala keperitan dan seksaan atas segala perbuatannya ketika hayat didunia.Apabila semua itu diperkatakan oleh orang ramai maka simati akan bertambah siksaannya.Melalui pandangan ini secara pribadi, mengapa tidak kita meghargai seseorang itu dengan mengadakan majlis tahlil arwah seluruh dunia??sekurang-kurangnya dengan adanya peminat diseluruh dunia yang beragama Islam, dapatlah beramai2 menyedekahkan Al-fatihah dan doa2 kepada Jacko.Dan bukannya majlis mengingati simati dengan mengalunkan lagu2 bagaikan konsert meraikan simati. Mengenai jenazahnya pula,hampir 3 minggu
tiada urusan pengebumian dilakukan dan simati hanya tersadai disuatu
tempat yang tiada sesiapa pun tahu kecuali ahli keluarganya.
Ahli keluarga masing2 dari ibu hinggalah kepada adik-beradik masing2 berbalah mengenai kawasan pengebumian simati.Sungguh terseksa jasad yang terbujur kaku itu.Tiada belas kasihankah mereka memperlakukan jenazah yang tiada daya lagi untuk mempertahankan haknya sendiri.Mengapa tidak ada seorang pun individu yang beragama Islam tampil memberikan nasihat & pandangan kepada ahli keluarga Jacko???? Mustahil di negara sana tiada seorang pun yang menganut agama Islam walaupun penduduk tetapnya didominasi oleh masyarakat beragama Kristian.Melalui dokumentar
i juga telah melaporkan bahawa terdapat masyarakat yang beragama Islam disana. Dimanakah mereka disaat ini??? Saat yang memerlukan fardhu kifayah dilakukan????
Dari apa yang telah berlaku,sebagai umat Islam aku berharap sangat supaya kontroversi2 ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar roh si mati aman tenteram disamping yang maha kuasa.
AMIN...


0 comments: