BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009

M@fia B3TinA???






Naik bulu roma bila dengar gelaran "MAFIA BETINA" ni diberikan kepada perempuan2 yang BERLAGAK gangster. Yelah...perempuan ni kan disifatkan sebagai lemah lembut,sopan santun,pandai jaga tatatertib...bila orang ramai dah bagi tittle gempak camtu,haaa..apa lg....nampaknya tindak tanduk & perangai perempuan ni dah hampir sama laa dengan lelaki yang mana sifatnya yang agak agresif.

Sifat2 lemah lembut tu semua hanya ada pada gadis2 zaman dahulu kala....klu nak cri zaman sekarang ni pun agak payah dah....cam aku ni xlah lemah lembut sangat tapi alhamdulillah aku pandai jaga diri,jaga maruah diri,nama baik keluarga,tak terlibat pun dengan mana2 gejala2 negatif ni dan paling penting jaga kesucian agama Islam itu sendiri...kalau kte sendiri sebagai muslim tak hormat agama Islam, cam mana orang agama lain nak hormat agama Islam???? Jd bukan nak cakap besar ke cakap poyo ke,cuma kte kena renung2kan dan pikirlah sendiri....

Berbalik pasal isu buli-membuli ni, dari dulu hinggalah sekarang ni kes buli dikalangan pelajar2 sekolah semakin berleluasa.....teringat kembali kes buli pelajar sekolah agama,Allahyarham Mohd Farid.....banyak2 kes buli pelajar sekolah,kes yang ni lah yang paling memberikan impak kepada aku.....bukan sebab apa,kes arwah ni yang paling sedih dan kejam gak laaa...hanya kerana mangsa enggan meminjamkan cerek terpaksa menerima habuan tendangan dan tumbukan dari golongan manusia yang aku boleh kategorikan sebagai "manusia bertanduk setan" mungkin manusia2 cmni lah gaknye bakal2 generasi tentera2 Israel kn......

Menurut berita yang melaporkan mengenai "MAFIA BETINA" ni Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.Sejurus tiba,dia melihat seorang lagi rakannya telaah berada di tempat kejadian. Mereka dipaksa bergusti dan segala aksi mereka dirakamkan.
Mangsa terpaksa mengikut "skrip" arahan mafia betina tersebut.Kerana ketakutan,mangsa terpaksa mengikut tindak-tanduk mafia betina terbabit.

Selepas 3 hari kejadian,mangsa telah diberitahu oleh rakan2nya yang aksi2 pergaduhan mereka telah disiarkan di laman web "YOUTUBE".....sebelum disiarkan di youtube,mafia betina ini terlebih dahulu menyebarkan kepada rakan2 sekolah yang lain.Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan sementara itu ketua polis daerah Kuala Terengganu,Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin,
mengesahkan kejadian tersebut dan berkata akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.


0 comments: